12 Mei 2024

Bahan Bacaan Harian

Aku telah membuat kemaskini di jurnal bahasa Arab dan jurnal bahasa Parsi pada hari ini. Jurnal ini aku catit dalam bahasa Melayu berhuruf Jawi sebagai usaha untuk menghidupkan kembali warisan zaman klasik bahasa Melayu yang telah dihapuskan oleh politik pasca kemerdekaan. Berikut adalah jurnal aku yang boleh dirujuk sekiranya aku memerlukan peringatan. 

Sains Sosial turut menarik perhatian aku kerana aku dapati ia boleh disepadukan dengan pelbagai ilmu lain lagi seperti sejarah, psikologi, perubatan, pentadbiran, perundangan dan sebagainya. Berikut adalah laman bersepadu yang boleh dirujuk oleh aku.
Tamadun berikutnya juga sesuai untuk dipelajari dan dikaji kerana globalisasi dunia. Kini kita juga diperkenalkan dengan teknologi kepintaran buatan (AI) yang mempercepat lagi kerja kita di dunia maya maka globalisasi juga turut menjadi lebih berbaur berbanding dengan zaman dahulu.
Tambahkanlah lagi senarai bacaan atau rujukan di sini sekiranya terdapat keperluan, ya. Banyak sebenarnya buku yang aku baca tidak habis lagi.