- 17 Januari 2026 - Israk dan Mikraj
- 19 Februari 2026 - Awal Ramadhan
- 07 Mac 2026 - Nuzul al-Quran
- 21 Mac 2026 - Hari Raya Puasa
- 18 Mei 2026 - Awal Zulhijjah
- 27 Mei 2026 - Hari Raya Korban
- 17 Jun 2026 - Awal Muharam
- 25 Ogos 2026 - Maulidul Rasul
Asas Pendidikan Islam
Nota-nota rujukan persendirian
Selasa, 17 Februari 2026
Hari Penting Umat Islam pada 2026
Isnin, 23 Jun 2025
Perspektif Islam mengenai Hak Asasi Manusia
Memandangkan kerjaya aku sejak 10 tahun ini sedikit sebanyak berkaitan dengan konsep sosial dan politik, maka ada baiknya aku memerhatikan topik "hak asasi manusia" yang kini semakin digunakan sebagai serampang dua mata oleh negara di Barat untuk menekan negara yang tidak menyedari mengenainya dari segi politik dan ekonomi.
Rujukan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia dalam halaman "Tashih al Mafahim Bil. 7" yang memberikan keterangan mengenai pernyataan, "Islam Tolak Hak Asasi Manusia" pada 21 Disember 2018, menyebut bahawa, sejarah membuktikan kedatangan nabi Muhammad s.a.w telah mengangkat hak asasi manusia di kota Mekah hingga berjaya mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya keadilan Islam. Baginda nabi s.a.w telah menghapuskan sikap perkauman (assabiyah), diskriminasi golongan kaya ke atas golongan fakir miskin, diskriminasi terhadap wanita, diskriminasi golongan bangsawan ke atas golongan bawah dan seumpamanya.
Hal ini semuanya menunjukkan betapa Islam adalah ajaran yang mengangkat martabat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, hal yang menjadi isu dan menimbulkan konflik adalah nilai hak asasi manusia yang diperhatikan dalam ajaran Islam adalah berbeza dengan nilai hak asasi manusia yang dipelopori oleh Barat. Hal ini menyebabkan umat Islam dilihat seolah-olah menolak perjuangan hak asasi manusia. Padahal, ia sebenarnya berpunca daripada perbezaan sudut pandangan terhadap alam atau weltanschaaung antara ajaran Islam di Timur dan pelbagai jenis fahaman di Barat. Justeru, marilah kita melihat beberapa sudut pandangan yang berbeza antara hak asasi manusia yang difahami menerusi kaca mata ajaran Islam dan hak asasi manusia yang dipelopori oleh Barat supaya kita dapat memahami isu ini dengan lebih mendalam.
- Perbezaan Sumber Rujukan
- Perbezaan Matlamat Hak Asasi Manusia
- Perbezaan Implikasi
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyebut bahawa tidak diragukan lagi bahawa ajaran Islam memelihara nilai kemanusiaan berasaskan kepada fitrah insaniah dengan berpandukan kepada syariat. Hal ini jauh lebih mulia dan tinggi berbanding dengan sekadar memperjuang hak asasi manusia individu menurut pandangan Barat. Di samping itu, ajaran Islam tidaklah menolak secara total perjuangan hak asasi manusia yang dipelopori di Barat. Namun, ia perlu disaring dengan teliti agar nilai tersebut tidak bercanggah dengan syariat.
Sesungguhnya, syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. telah pun lengkap dan menjadi panduan dalam menjamin hak kemanusiaan seseorang manusia. Islam muncul bukan sekadar membawa akidah semata-mata, tetapi juga menawarkan satu transformasi menyeluruh terhadap sudut pandangan manusia kepada alam. Ketika Rib'i bin Amir dari Bani Tamim berhadapan dengan Rustim, seorang panglima perang Parsi dalam Peperangan al-Qiddisiah, beliau mengungkapkan satu kalimah yang padat dan tegas dalam memberikan pengertian kepada kemanusiaan yang sebenar menurut pandangan seorang Muslim. Beliau menyebut bahawa:
"Allah S.W.T telah mengutuskan kami supaya mengeluarkan manusia yang dikehendaki oleh-Nya dari penyembahan terhadap hamba, kepada penyembahan terhadap-Nya semata-mata. Dari kesempitan dunia menuju ke arah kelapangan di akhirat dan dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam." (Tarikh al-Tabari, 2/401).
Akhir sekali, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa, ajaran Islam bukanlah anti kepada perjuangan hak asasi manusia. Sebaliknya, ajaran Islam menjadi harapan kepada sekelian hak kemanusiaan yang hakiki. Maka, Allah S.W.T lebih mengetahui daripada segala sesuatu.
Isnin, 18 Mac 2024
Catitan Rujukan Hidup
Bagi halaman ini, aku akan menyusun semula catitan aku dari tahun 2010 sehingga kini. Untuk catitan lama, maka aku akan meletakkannya di bawah judul catitan lama.
A. Catitan Lama
B. Catitan Baru
Masukan ini dibuat hanya sebagai rujukan peribadi aku sahaja. Aku akan cuba menyunting bahagian yang terlalu peribadi keluar dari bahagian yang umum supaya ia boleh dijadikan rujukan bersama.
Masa: 2:43 pm
Ahad, 16 Mei 2021
Polemik Hak Golongan Minoriti Agama di Eropah
Thesis ini telah aku hasilkan untuk memenuhi keperluan kursus pengajian aku iaitu Master dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomatik (Kesatuan Eropah), Fakulti Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia (USM). Judul asalnya adalah "The Polemics of Religious Minority Rights in Europe: Britain as a Case Study".
Isi Kandungan
- Bab 1 - Pengenalan
- Bab 2 - Analisis Sastera
- Bab 3 - Analisis Kajian Kes
- Bab 4 - Perbincangan
- Bab 5 - Kesimpulan
Rujukan Sampingan
- Happy Buffalo, Penulisan Academik, Thorsteine, 2 Mei 2021
- Happy Buffalo, Unsur-Unsur dalam Proposal Thesis, Asas Pendidikan Islam, 16 Mei 2021
Sebagai tanda penghargaan, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bapa aku dan ibu aku kerana bantuan mereka kepada aku dalam menjayakan pengajian ini.
Walaupun kajian kes dalam tesis ini sudah tidak begitu relevan lagi disebabkan oleh peredaran masa atau pun disebabkan negara kajian telah keluar dari Kesatuan Eropah (EU), namun aku berharap agar penyelidikan ini bermanfaat kepada diriku pada masa hadapan.
Sabtu, 19 Disember 2020
Sunnah - Tradisi Islam
Dalam Islam, Sunnah ini merujuk kepada tradisi dan amalan dari nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi contoh ikutan bagi seseorang Muslim. Sunnah ini adalah perkara yang dilihat dan diikuti oleh Muslim pada zaman nabi Muhammad s.a.w serta diturunkan kepada keturunan mereka. Menurut teori Islam klasik, Sunnah kemudian dicatit dan dikumpulkan menjadi hadis. Catitan ini berasal dari rekod seperti ajaran, perbuatan dan petikan kata-kata, kebenaran senyap atau penolakan oleh nabi Muhammad s.a.w bersama dengan al-Quran yang menjadi kitab suci dianggap sebagai wahyu yang disampaikan menerusi baginda. Al-Quran dan Sunnah menjadi asas kepada sumber perundangan Islam serta kepercayaannya. Baca lanjut di sini.
Sabtu, 21 Januari 2017
Aspek Politik Islam
- kepimpinan yang dipilih atau pengganti nabi Muhammad s.a.w yang dipilih sebagai khalifah atau imamah.
- kepentingan mengikuti syariah;
- tanggungjawab pemerintah mengadakan majlis syura atau konsultasi dengan warganegara; dan
- kepentingan mengkritik atau menolak pemerintah yang tidak adil.
Sabtu, 15 November 2014
Pandangan mengenai Isu Kemasyarakatan
- Isu Peribadi v. Isu Kemasyarakatan
- Isu Valence v. Isu Position
- Jenis Isu Kemasyarakatan
- Isu Kemasyarakatan di Amerika Syarikat
- Isu Kemasyarakatan di India
- Isu Kemasyarakatan di Eropah
- Mohd Asim Ismail, Berhadapan dengan Isu Bunuh Diri, Ikim Views, The Star, 17 Jan 2019
- Masalah Sosial Pelajar dan Kaitannya dengan Kemerosotan Pembelajaran, Masalah Sosial di Malaysia, Kumpulan 9, 15 Ogos 2010






