Aku terlupa pula hari ini adalah hari Asyura. Jadi, aku mengucapkan Selamat Hari Asyura kepada rakan-rakan sekelian. Setiap orang itu merayakan hari ini dengan cara mereka yang tersendiri namun sebaik sahaja kita menyedari bahawa kita ini hanyalah manusia yang satu maka kita pun tidaklah akan mengadili sesiapa jika mereka berbeza pandangan dengan kita.
Aku terlupa bahwa puasa hari Asyura bermula sejak petang semalam jika mengikut takwim Qamariah. Aku juga tak pasti sama ada baik atau tidak bagi aku memulakan puasa untuk perayaan ini bermula dari esok. Namun, aku berharap supaya ia tidaklah menyalahi amalan nabi Muhammad s.a.w.
Aku masih lagi tidak mendapat idea mengenai bagaimanakah aku akan memulakan proposal thesis aku itu. Aku buntu memikirkan hal ini. Oh, Tuhan bantulah hamba-Mu ini!