18 Mac 2025 - Kuasa Mimpi

Rosalina Abdul Latif dalam rencana berjudul, "The Power of Dreams" terbitan akhbar dalam talian The New Straits Times (NST) pada 26 Mac 2017 menyebut bahawa mimpi boleh mendedahkan kesedaran paling dalam dan menggoncang realiti jika kita mengetahui kaedah mentafsirkannya.

"Apakah bahasa yang mak tuturkan dalam mimpi?" anak perempuan penulis bertanya kepada beliau beberapa hari yang lalu.

Melihat kepada karangan yang sedang beliau tanda ketika itu, beliau pun menjawab dengan tenang, "dalam bahasa Inggeris, mungkin, kerana mak memang bertutur dalam bahasa Inggeris."

Anak penulis melihat kepada beliau lalu bertanya sekali lagi, "mak pasti?"

Jadi, hal itu kini menjadi sesuatu yang boleh difikirkan juga. Adakah mimpi kita berlaku dalam bahasa ibunda kita sendiri atau kita bermimpi dalam bahasa pertuturan kita? Penulis tidak pernah benar-benar mengingati mimpi beliau. Seperti pepatah dalam bahasa Melayu, "mimpi itu hanya mainan tidur," maka penulis tidak begitu memberikan perhatian kepadanya kecuali jika mimpi itu kelihatan benar-benar penting.

  • Analisa dan Penafsiran Mimpi
  • Menghubungkan Mimpi

Orang Melayu pada zaman purba juga mempercayai bahawa mimpi boleh memberikan makna dan sesetengahnya mampu pula menafsirkan mimpi, selalunya juga dengan hasil tafsiran yang melucukan. Nenek penulis seperti juga untuk mimpi beliau sering memberikan tafsiran mimpi yang menakjubkan. Sebagai contoh, jika anda bermimpi seekor ular besar mematuk ibu jari anda, maka beliau akan memberikan tafsiran mungkin anda akan berkahwin dengan lelaki yang kaya. Walau bagaimanapun, jika anda telah berkahwin, penafsiran asal itu mungkin tidak terpakai lagi kerana ia pasti membawa maksud yang jelasnya berlainan pula. Nenek akan tersenyum selepas itu dan tidak memberikan sebarang maksud kepada mimpi itu.  

Sementara itu, jika anda bermimpi bertukar-tukar cincin dengan seseorang yang telah meninggal dunia, bermaksud anda mungkin akan meninggalkan dunia ini selepas itu atau jika anda bermimpi gagal dalam peperiksaan, mungkin ia bermaksud yang anda akan lulus kerana anda akan berusaha bersungguh-sungguh selepas mimpi yang buruk tersebut bukan? Atau boleh jadi anda akan benar-benar gagal peperiksaan juga disebabkan oleh tekanan yang melampau.