2 November 2010 - Review Kelas Bahasa Arab

Aku mendengar sebuah nasyid yang liriknya agak baik berjudul Ya Sahibi atau Wahai Sahabatku nyanyian Ahmad Khaled dari Republik Yaman. Aku suka nasyid ini pada saat ini selain daripada suara penyanyinya yang lunak. Aku juga berminat untuk mendalami bahasa Arab Yaman sebagai pilihan loghat bahasa Arab aku pada ketika ini.

 

Bahasa Arab aku menjadi semakin teruk hari demi hari. Aku mempunyai seorang rakan sekelas bernama Emad Shams dari Gaza, Palestin. Namun, aku tidak merasakan kawan itu membantu aku pun dalam memperbaiki bahasa Arab aku. Aku mendapati budak itu agak berlagak dan dia fikir bahawa bercakap bahasa Inggeris boleh menyebabkannya difahami dengan mudah. Walau bagaimanapun, aku masih tidak faham pun apabila dia bercakap bahasa Inggeris. Sebutan bahasa Inggerisnya pun teruk walaupun dia asyik merungut bahawa bahasa Inggeris orang Malaysia ini teruk dan berbunyi seperti slang bahasa Cina atau slang bahasa Melayu.

Ketika ini aku teringat mengenai kelas Ustaz Mustafa Abdullah dari Kemboja. Aku menghadiri kelas beliau semasa aku tidak bekerja sekitar tahun 2009 setiap malam di Masjid Putrajaya. Pada waktu itu, aku pun tidak mengetahui apakah hala tuju masa hadapanku. Jadi, aku mengambil keputusan untuk belajar bahasa Arab sedikit. Ustaz berbangsa Champa ini macam berlagak sedikit. Dalam blog lama aku tulis menggunakan bahasa hipokrit juga. Aku berasa bahawa aku sepatutnya jujur aku merasakan bahawa naluri aku tidak begitu suka ustaz itu. Aku layan sahaja dan cuba berfikiran positif kerana aku sedang melalui saat gelap dalam kehidupan aku. Dari segi pengajaran, aku rasa ok sahaja kerana ustaz ini mempunyai pengetahuan dalam Nahu Saraf atau tatabahasa bahasa Arab. Buku teks bahasa Arab di masjid ini dikeluarkan oleh Universiti Islam Madinah.

Selain itu, aku juga menyertai kelas bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. Kebetulan waktu itu Ani sedang menyertai kelas bahasa Cina di situ juga. Pengalaman pergi kelas dengan adik aku ini sebenarnya bukan pengalaman yang menyeronokkan. Dia bukan seorang perempuan yang baik kepada adik beradik sendiri dengan mukanya yang tidak mengundang rezeki kedut seribu. Kelas bahasa Arab di UITM itu bagus walaupun aku terpaksa bermula dari peringkat awal sedangkan aku sudah mempunyai asas bahasa Arab selama tiga tahun di peringkat sekolah menengah. Gurunya adalah Ustaz Ahmad Wan dan aku suka ustaz ini walaupun beliau adalah seorang Kelantan.

Aku masih lagi memikirkan pendekatan mudah untuk belajar bahasa Arab kerana aku rasa aku lebih berminat dengan bahasa Arab berbanding dengan bahasa Inggeris. Maksud aku itu aku berminat dengan nada sekular dan bukannya dengan nada keagamaan untuk 'show off' menunjukkan bahawa aku ini istimewa sebab berbeza daripada orang lain. Aku tidak suka bahasa Inggeris kerana susah hendak menyebutnya dan ia banyak dituturkan oleh bangsa low-class keturunan imigran di Lembah Klang, Penang dan Singapura. Selain itu, aku mendapat peluang berbahasa Arab sedikit semasa menjalankan ibadat haji di kota suci Mekah pada tahun 2006 mengikut ibu aku.

Pengertian Nasyid Ya Sahibi

Berbalik kepada nasyid ini, liriknya menyebut mengenai seorang sahabat yang mengingatkan sahabatnya supaya menyaksikan bahawa tiada tuhan selain daripada Allah dan rahmat belas kasihan Allah itu berada di mana-mana sahaja. Selain itu, supaya sahabatnya menyaksikan bahawa Ahmad, keturunan bani Hashim itu menyeru umat manusia kepada hidayah Allah. 

Dirikan solat, bercakaplah dengan perkataan yang mulia. Bacalah kitab suci wahyu Allah. Bangunlah! Bantu mereka yang dizalimi, bersihkanlah kesan kerosakan dan tepati janji semoga Allah redha dengan kamu. Berbaiklah dengan jiranmu, hormatilah tetamu, ikhlas dan memaafkan mereka yang memohon keampunan dari Allah. Berikanlah pengajaran mengenai undang-undang kepada ahli keluarga serta berhati-hatilah dengan bahaya yang disebabkan oleh mata. Marahlah kepada kemaksiatan oleh sebab perintah Allah.

Janganlah berhutan, janglah meninggalkan mereka yang dicintai. Justeru, kami bacakan perkara yang termaktub dalam wahyu dari sisi Allah. Belas kasihan berterusan tiadalah lagi hari-hari yang menghinakan! Jadilah sahabat yang menyelamatkan, semoga kamu redha dengan bantuan segera dari Allah.

Bahagian terakhir itu sukar sekali untuk diterjemahkan namun aku terkesima dengan liriknya. I kedengaran seperti utamakanlan dalam menyucikan Nama Allah. Janganlah tinggalkan tanggungjawab ketaatan dan jiwa yang merindui saat demi saat. Maka bakinya itu adalah ganjaran melihat wajah Allah di akhirat.

Pandangan mengenai Nasyid

Aku merasakan bahawa nasyid ini adalah sejenis nasyid yang berbentuk nasihat dan ia menggunakan konsep sahabat yang baik itu adalah sahabat yang menyelamatkan sahabatnya dengan menyerunya ke arah kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan. Sepanjang berada di hostel RST di pintu Gelugor, USM, Pulau Pinang ini aku bertemu dengan budak-budak tabligh yang sentiasa bersama-sama ke surau. Aku mendapati mereka mengingatkan sesama sendiri dengan al-Quran dan Sunnah. Aku juga mengharapkan supaya mereka saling begitu walaupun aku bukan sahabat mereka.

Sumber Nasyid: Arkib Youtube, klik di sini.