23 Februari 2011 - Berpindah Bilik

 

Aku baru saja berpindah ke bilik yang baru pada pagi semalam selepas beberapa kali mendaki tangga ke pejabat pengurusan hostel memohon kunci bilik yang baru kerana aku tidak tahan Abdel Jawad. Pengalaman beberapa bulan dengan beberapa orang Palestin di USM ini telah mengubah pandangan aku terhadap mereka. Mereka kelihatan sombong dan tidak ramah. Mungkin mereka memandang rendah terhadap Muslim dari Asia Tenggara dan memandang diri mereka sebagai orang Mediteranea sama seperti orang negara Eropah. Akibat Muslim dari negara-negara dunia ketiga memandang tinggi kepada mereka, mungkin menyebabkan mereka menjadi angkuh dan berlagak. Kini, aku tidak peduli lagi dengan peperangan agama atau tanah air mereka di Palestin itu. Macamlah mereka pernah membantu Tanah Melayu semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II dahulu apabila bangsa Melayu Muslim dipijak oleh imperialis Jepun, Komunis dan British.

Semasa aku baru masuk ke hostel Tekun, aku telah ditempatkan bersama dengan Muhamad Sabhan juga dari Gaza, Palestin. Aku bersembang juga dengan dia namun tidak selalu. Kulitnya pun tidak merah seperti kulit Abdel Jawad. Kemudian, Muhamad Sabhan keluar untuk tinggal bersama keluarganya yang mungkin datang ke mari dengan menggunakan tiket pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR). Seterusnya, pengurusan hostel Tekun yang celaka itu telah menempatkan seorang lelaki tua dari Sumatera, Indonesia. Lelaki tua pedofilia itu cuba untuk mencabul kehormatan aku dan aku geli dengannya maka aku lari ke surau. Aku berasa kesal dengan pengurusan hostel di USM kerana tidak mengambil kira keselesaan dan keselamatan pelajar tempatan yang membayar yuran bilik sekaligus menyokong periuk nasi mereka! Aku melaporkan lelaku tua itu dan ternyata memang mereka kenal dengan si tua laknat itu. Namun, mereka menghina aku dengan meletakkan lelaki tua itu dengan aku. Lelaki itu kemudian dipindahkan keluar dan Abdel Jawad pula dimasukkan ke bilik itu.

Abdel Jawad ini bermata biru, berambut merah dan bertubuh gemuk. Baunya sungguh busuk sekali dan dia gemar minum teh pudina yang mungkin menyingkirkan toksin dari tubuh gemuknya itu. Dia juga tidak mandi. Bagi sesiapa yang sayangkan warga Palestin, aku menyokong sekiranya mereka tinggal menjadi rakan sebilik Abdel Jawad ini. Dia merupakan pelajar Phd. dalam jurusan Linguistik Bahasa Inggeris. Pada penghujung bulan Mac dia akan menyelesaikan vivanya dan mungkin boleh berpindah ke tempat lain.

Selain daripada kebusukan Abdel Jawad itu yang menyebabkan aku tidak sukakannya adalah seperti berikut:

  • Semasa awal masuk ke bilik aku dia terus bertanya sama ada aku beragama Islam atau sebaliknya;
  • Dia sering menyuruh aku merendahkan suara apa sahaja yang aku dengar walaupun aku sebenarnya sudah memakai earphone dan juga memang sedang merendahkan suara benda yang aku dengar di laptop lagipun aku cuma mendengar bacaan ayat al-Quran sahaja bukannya aku mendengar lagu-lagu muzik pun;
  • Dia sering memekak di tengah malam dan itu tak mengapa pula. Dia mendengar lagu Um Kalsum, penyanyi evergreen terkenal Mesir sambil terjerit-jerit mustahab yang bermaksud macam 'suka' lah kot dalam bahasa dia; dan
  • Dia suka membuka lampu di tengah malam sedangkan aku sedang tidur semasa itu. Lampu di meja pun ada kenapa dia membuka lampu cerah-cerah? Sakit jiwakah?
Sebagai makluman, aku beragama Islam turun-temurun. Aku tak tahulah nenek moyang aku berbangsa apa atau berketurunan apa sebab itu tidak penting. Jika aku beragama Islam pastilah semua orang pun tahu bahawa orang Islam memang sensitif dengan isu agama seperti solat dan pantang-larang mengikut hukum-hakam Islam. Agama Islam pula adalah agama orang Arab jadi ia memang datang ke Tanah Melayu dengan adat-istiadat Arab. Aku bukannya pekak dan Malaysia ini sudah menjadi negara yang mengikut hukum Islam tradisional sejak lama termasuk sejak 1970an apabila berlaku Revolusi Islam (aliran Syiah) di Iran yang sebenarnya tiada kena mengena pun dengan negara ini yang merupakan negara majoriti Muslim Sunni. Aku sendiri telah menunaikan ibadah haji di kota suci Mekah pada tahun 2004 dan aku pun adalah bekas pelajar sekolah menengah agama di peringkat rendah. Aku tidak menyambung ke peringkat sanawi sahaja kerana aku terpengaruh dengan propaganda aliran Sains yang sebenarnya lebih kepada untuk dasar meningkatkan tenaga buruh kolar biru semasa zaman Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia yang keempat.
 
Sepatutnya, dia sudah pasti bahawa aku adalah rakan sebilik yang beragama Islam apabila dia memohon bilik di pengurusan hostel Tekun itu. Kenapa dia tidak bertanya betul-betul dengan mereka sebaliknya bertanya pula agama anutan aku di bilik? Soalannya itu sungguh kurang ajar! Dia merupakan pelajar Phd boleh memilih bilik sedangkan aku pelajar peringkat master tidak dibenarkan memilih bilik atau teman sebilik. Bilik aku diaturkan oleh pengurusan yang jahat itu. Aku pun sudah tidak mempunyai kenalan lagi di USM jadi aku memang berseorangan.
 
Sebelum aku keluar dari bilik itu, Abdel Jawad acah-acah menawarkan pertolongan namun dia tidak meminta maaf pun kepada aku kerana menyusahkan hidup aku. Aku yang berada di situ pada awalnya, tapi aku yang kena keluar. Apakah beza dia dengan Yahudi, musuh negaranya itu? Semasa dia memekak dan membuka lampu pada malam hari pun aku tidak pernah merungut kepada dia atau kurang ajar dengannya. Aku faham sahaja pelajar Phd mesti ingin berseronok dengan cara mereka dan melepaskan tekanan namun adakah dia faham aku ini pun adalah pelajar pascasiswazah? Sudahlah aku tiada rakan sekelas di hostel tersebut aku terpaksa menjalani kehidupan pelajar selama dua tahun yang mendatang ini berseorangan. Mungkin dia berasa bersalah, dia memaklumkan aku bahawa dia adalah penghuni sementara sahaja di bilik aku dan tidak berbaloi aku keluar pun. Namun, aku tidak tahan kerana aku asyik diletakkan bersama dengan pelajar Phd sementara yang pelik-pelik. Biliknya pun tidak jauh cuma di lorong di hadapan bilik lama aku. Aku mengucapkan selamat maju jaya kepada Abdel Jawad dan kemudian berambus dari bilik itu.
 
Proses permohonan aku untuk berpindah bilik mengambil masa selama dua hari kerana aku menunggu kunci dari pihak pengurusan hostel. Proses ini terganggu disebabkan oleh pilihanraya kampus dalam kalangan pelajar ijazah sarjana yang mengada-ngada hendak berpolitik di dalam kampus. Aku tidur merata-rata pada waktu malam seolah-olah aku ini pula pelarian sebab tidak tahan dengan perangai hodoh Abdel Jawad. Pada hari Selasa aku pergi ke kelas tanpa persediaan dan fail serta kertas aku berserakan merata-rata tempat.
 
Di bilik baru, aku membersihkan barangan dan habuk kemudian mengelap tanda najis burung di meja yang berdekatan tingkap kerana bimbang selesema burung. Timbunan kertas dan kotak-kota serta barangan penghuni sebelum aku pun dikumpulkan dan dimasukkan dalam beg plastik hitam besar sebelum dihumban ke tong sampah. Nampaknya bilik itu ada seorang pelajar Phd lagi namun dia mungkin menjalankan pengajian jarak jauh dan tidak tinggal di situ sepanjang masa. Dia mungkin datang pada waktu-waktu tertentu jadi lebih baik aku tidak menyentuh barangannya. Di samping itu, aku memastikan bahawa pelajar sebilik aku ini adalah orang tempatan juga dan berharap agar dia tidak berperangai hodoh seperti rakan-rakan sebilik lama aku. Aku sudah mempunyai masa untuk menyelesaikan tugasan aku yang tertangguh seperti menyiapkan tugasan dasar set-aside di Eropah serta menghantarnya kepada Dr. Salfarina sebelum hari Jumaat ini. Aku harap segalanya berjalan lancar.