Sepatutnya aku membuat pembacaan untuk proposal thesis aku esok namun aku terfikir pula mengenai pertemuan aku dengan budak-budak Tabligh di hostek Tekun dua hari lepas. Aku bertanya kepada mereka apakah maksud khuruj itu kepada seorang karkun.
A. Tabligh dan Tasykil
Pertanyaan aku itu sebenarnya berkait dengan seorang ahli Jemaah Tabligh dari Afrika Selatan yang menyatakan dia tidak percaya bahawa aku tak pernah mengikuti kegiatan pergerakan mereka itu selama tiga hari. Bila pulalah aku menjadi ahli Jemaah Tabligh ini aku pun tidak tahu. Katanya mereka perlu memberi tasykil kepada aku. Aku pun tak faham lalu bertanya apakah maksud tasykil itu? Menurut mereka tasykil itu bermaksud 'memujuk' supaya mengikuti khuruj mereka. Tapi dalam pemahaman bahasa Arab yang aku pernah pelajari semasa peringkat menengah rendah, tasykil itu bermaksud membentuk semula pemikiran atau reformasi. Aku tak faham apakah yang perlu aku reformasikan dalam kepala otakku ini?
Aku memang duduk mendengar ceramah mereka itu tapi aku menganggapnya sebagai tindakan persaudaraan sahaja. Mereka menjemput aku maka aku pun menghormati jemputan mereka. Lagi pun masa aku banyak dihabiskan dengan aku duduk kemurungan seorang diri dalam bilik di tingkat 10. Jadi, aku rasa tidak salah pun jika aku membahagikan sedikit masa aku untuk bersosial dengan cara jemaah surau. Aku belajar banyak juga istilah-istilah jargon mereka seperti ikram namun pemahaman aku berbeza dengan pemahaman mereka mungkin kerana mereka meletakkan konotasi pergerakan mereka dalam perkataan tersebut. Aku memang sudah terbuka kepada buah fikiran dakwah dan sebagainya ini sejak aku masih kanak-kanak lagi. Aku membaca buku-buku seperti Qisasul Anbia dan Tafsir al-Azhar hasil karya Hamka.
Karkun itu menjawab juga persoalan aku mengikut pemahamannya. Menurut beliau, khuruj itu bermaksud mereka akan keluar belajar akhlak nabi Muhammad s.a.w selama tiga, 40 hari atau empat bulan dan mempelajari kaedah berdakwah kepada saudara-saudara Muslim. Kemudian, aku bertanya jika seseorang itu menjalankan haji di kota suci Mekah selama sebulan, adakah itu dianggap sebagai khuruj juga? Beliau memberikan jawapan yang selamat iaitu hal tersebut adalah berbeza. Namun, aku dapat meneka fikiran beliau kerana beliau pun memaklumkan bahawa persoalan itu sangat sukar untuk dijawab oleh beliau.
Sebenarnya aku berasa geram juga kerana pelajar-pelajar ini belajar dalam bidang Sains dan Teknologi yang dalam dasar pendidikan kebangsaan di Malaysia suatu ketika dahulu dianggap kononnya sebagai 'apples of the eyers' atau 'cream of the cream'. Kita yang belajar dalam aliran sastera atau aliran agama sendiri menjadi terbuang dan dilihat seolah-olah seperti sampah masyarakat. Suatu ketika dahulu juga aliran agama atau pendidikan madrasah ini dianggap oleh masyarakat sebagai tempat memberikan pendidikan akhlak kepada kanak-kanak nakal atau mereka yang terjebak dalam gejala sosial. Ibu bapa tidak mengambil tanggungjawab yang sepatutnya mereka galas apabila mereka memilih untuk melahirkan anak sebaliknya meletakkannya di institusi pendidikan madrasah seolah-olah berputus asa dengan pilihan yang mereka sendiri buat. Kini, aku tidak pasti mengenai pandangan masyarakat terhadap pendidikan madarasah namun hal yang aku catitkan ini adalah realiti semasa aku masih kanak-kanak.
Jika dibandingkan aku dengan para karkun Tabligh itu, pastilah aku berasa rendah diri. Mereka walaupun ada yang belajar di sekolah agama sekali pun tapi mereka datang dari aliran Sains yang dipandang 'tinggi' oleh masyarakat. Dalam sistem pendidikan nasional pun semua orang mempelajari perkara fardhu 'ain dan Pendidikan Islam. Ia menjadi salah satu subjek yang dimasukkan dalam sijil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Mereka menerima segala yang baik namun aku atau kanak-kanak yang senasib aku tidak menerima sebarang kebaikan pun dari sistem pendidikan nasional di Malaysia.
Walau bagaimanapun, aku menghargai usaha karkun tersebut dalam mengajak aku menyertai kegiatan pergerakan yang beliau minati itu. Hal yang aku rasa sedih bukanlah mengenai beliau tidak dapat memberikan jawapan yang tuntas mengenai ibadah haji dan kegiatan khuruj mereka sebaliknya mengenai pemahaman mereka mengenai dakwah itu telah dikaitkan dengan pergerakan mereka. Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, mereka mempelajari Sunnah atau tradisi nabi Muhammad s.a.w melalui bayan iaitu ceramah agama menurut jargon mereka.
B. Pembacaan mengenai Jemaah Tabligh
Apabila kita bergaul dengan masyarakat yang pelbagai, kita pun tidak dapat tidak akan terasa ingin tahu mengenai apakah kecondongan minat mereka, trend dan sebagainya. Jadi, dalam konteks semasa aku berada di hostel Tekun itu aku bergaul dengan kelompok di surau yang pastinya terdiri daripada pelbagai jenis manusia. Salah satunya adalah ahli Jemaah Tabligh. Aku pun membaca mengenai Jemaah Tabligh dan mendapat tahu bahawa pada awalnya pergerakan tersebut dikenali sebagai Pergerakan Iman yang diasaskan oleh Maulana Ilyas. Dari pembacaan aku itu, aku mendapati bahawa tokoh ini mempunyai ketokohan yang berwibawa dan dihormati namun dari pemerhatian aku pula aku mendapat pandangan yang berbeza. Aku melihat kelompok yang sesetengahnya 'holier than thou' atau yang berasa bahawa mereka sudah mencapai darjat seorang wali keramat.
Namun, pandangan aku itu mungkin hanya pandangan yang tidak menyeluruh. Dalam kelas epistemologi aku didedahkan dengan kisah orang buta yang meraba gajah. Dia hanya merasai bahagian yang dirasainya dan memberikan gambaran mengenainya namun dia tidak mengetahui pun bagaimana rupa sebenar gajah yang besar itu. Setiap orang itu mencari jalan kehidupannya sendiri namun tanggapan bahawa laluan yang sedang mereka lalui itu sebagai kebenaran mungkin membawa konflik kepada dunia.
I always sleep in the masjid when I was at home and meditating in the masjid whenever I am free. I believe I have no real home and masjid is only my sanctuary. I am also doing some donations to friends around be they Muslims or non-Muslims and I always remember each of the people who had contact with me although I am so sure that they would never remember me anymore after we go our separate way. That is normal for me. I am just used to it and I care nothing. I had took buses to my hostel mate house in Yan when his dad passed away during our second semester in the first year degree. I am so sorry to him that I didn't realize I took buses from Penang to that difficult to reach area. Walked alone in the village tracks until Maghrib reach. That is apart of my da'awa effort. It is just an example, I did many other things which only me and Allah know. I will let them be my secret with Him. I will feel bad after letting people know about these things which shouldn't be big deal at all. I did those things because of him. I have no term for them whether kerja agama (religious work) or whether it is usaha agama (religious effort), or khuruj. I am doing it simply because of Him and his creatures, I pray for His mercy always to everyone including enemies. I hope for His pleasure to everyone.
"Suatu ketika, ketika kami duduk bersama dengan nabi Muhammad s.a.w, tiba-tiba muncul seorang pemuda yang tidak dikenali entah dari mana. Jubahnya putih, rambutnya hitam berkilat dan tidak kelihatan tanda bahawa dia datang dari jauh untuk bertemu nabi Muhammad s.a.w. Dia terus duduk di hadapan nabi Muhammad s.a.w sehingga lututnya bertembung dengan lutut nabi Muhammad s.a.w. Kemudian bermulalah temubualnya dengan nabi Muhammad s.a.w." - Muslim
Pemuda: Khabarkan kepada aku mengenai Islam, wahai Muhammad!
Nabi: Islam itu adalah engkau bersaksi bahawa tiada sesiapa pun berhak disembah kecuali-Nya dan Muhammad itu adalah pesuruh-Nya. Islam itu adalah apabila engkau menunaikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dan melaksanakan haji jika engkau berkemampuan.
Pemuda: Benarlah kata-katamu itu.
Para sahabat terkesima kerana melihat pemuda itu bertanya dan apabila menerima jawapan, dia mengiakan jawapan tersebut. Kemudian dia bertanya lanjut lagi.
Pemuda: Khabarkan kepada aku mengenai Iman, wahai Muhammad!
Nabi: Iman itu adalah apabila engkau beriman kepada Allah, kepada para malaikat, kitab-Nya, nabi-nabi dan pesuruh-Nya, hari akhirat dan takdir buruk serta takdir baik.
Pemuda: Benarlah kata-katamu itu! Apakah itu ihsan?
Nabi: Ihsan itu apabila engkau melaksanakan ibadah kepada-Nya seperti engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya pun, engkau berasakan bahawa Dia memerhatikan engkau!
Pemuda: Khabarkan kepadaku apakah itu hari kebangkitan?
Nabi: Engkau yang bertanyakan itu mengetahui lebih daripada aku yang ditanya ini.
Pemuda: Maka, khabarkan kepadaku apakah kepentingan dan maknanya?
Nabi: Apabila ibu itu melahirkan tuannya, orang ramai tidak berkasut dan terdedah dada mereka, mereka yang papa dan pengembala kemudiannya berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.
Sebaik sahaja pemuda itu mendengar jawapan itu, dia lalu keluar dari masjid dan aku (Umar) duduk seketika. Kemudian, nabi Muhammad s.a.w bertanya kepadaku. Tahukah engkau sapakah yang menemubualku tadi? Jawab Umar, "Hanya Tuhan dan nabi-Nya sahaja yang mengetahui." Nabi Muhammad s.a.w menjawab, "Yang datang tadi itu adalah Jibril a.s. sebenarnya bermaksud untuk mengajarimu mengenai agamamu."
E. Kesimpulan
Dari interaksi aku dengan Jemaah Tabligh beberapa orang di hostel Tekun itu, aku ingin mengetahui juga apakah fikiran mereka terhadap Muslim yang tidak menyertai jemaah mereka? Adakah berlaku perbezaan mazhab seperti yang berlaku kepada penganut agama Kristian? Adakah menyertai jemaah mereka itu bermaksud ketakwaan kita akan meningkat atau sebagainya? Bagaimanakah ketakwaan itu diukur? Kerana hal sebegini adalah abstrak dan bukan sesuatu yang konkrit.
Selepas perbualan dalam mesej aku dengan karkun tersebut, dia sudah tidak kelihatan lagi di surau. Namun, aku bukannya hendak mengujinya atau mengenakannya. Aku cuma berasa hairan kenapakah kita perlu berada dalam sesuatu pergerakan apabila kita sudah pun dibezakan dengan manusia lain dengan pelbagai label seperti label agama, status, aliran pengajian dan sebagainya? Lagipun semasa aku bertanyakan soalan kepada karkun itu, aku tidak menyebut pun bahawa hadis yang aku kemukakan ini adalah hadis qudsi.
Sebagai kesimpulan, aku rasa jika hendak berdakwah pun jalankan sahaja. Tak perlulah terikat dengan mana-mana jemaah pun. Semua jemaah tersebut pun nantinya akan kembali semula ke pangkuan agama Islam yang umum juga. Tiada sesiapa pun yang mulia daripada sesiapa kerana jemaah atau label agamanya.