Abstrak

Isu mengenai hak golongan minoriti dalam beragama sedang berada dalam perdebatan hangat di Kesatuan Eropah (EU) pada saat ini. Walaupun EU ditubuhkan dengan pengiktirafan terhadap kepelbagaian budaya yang berbeza, agama dan tradisi kemasyarakatan yang mendarah daging dalam negara ahlinya namun banyak dari golongan minoriti di Eropah telah disampingkan dari penglibatan dalam politik dan sosial. Mereka turut menghadapi diskriminasi, perkauman dan xenofobia serta ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Hal ini menyebabkan mereka menjadi sasaran mudah dan dikambing hitamkan oleh parti politik haluan kanan yang semakin mendapat sokongan di seluruh Eropah. Mereka mengeksploitasi ketakutan dan membakar kemarahan terhadap kepelbagaian yang mula bercambah di Eropah.

Selain daripada itu, sikap orang awam mula cenderung ke arah menolak migran dan mereka yang dipandang oleh mereka sebagai berlatar belakang migran terutamanya pada ketika itu diperkenalkan semula dan penyisihan mula dilihat sebagai ancaman kepada ramai orang. Keadaan ini selanjutnya mempengaruhi dunia Barat di mana mereka golongan minoriti beragama yang tertentu dengan syak-wasangka dan negatif. Selanjutnya, polarisasi kumpulan populasi menunjukkan bahawa proses pemisahan sosial sedang berlaku di Eropah. Dalam konteks ekonomi, sosial dan rasa tidak selamat ini, penghargaan terhadap kepelbagaian dan pembelajaran yang mencambahkan lagi penghargaan terhadap kepelbagaian serta perbezaan mula menjadi salah satu cabaran di EU serta negara ahlinya.

Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini ditumpukan kepada kajian kes dan minoriti Muslim di Britain sebagai salah satu negara ahli dalam Eropah menjadi latar belakang kepada kes kerana isu mengenai minoriti Muslim menjadi topik perbincangan hangat sejak 10 tahun yang lalu. Penyelidikan ini dijalankan secara mendalam dengan menyoroti status perundangan Muslim dan kedudukan agama anutan mereka di Eropah serta risiko yang dihadapi oleh Eropah sekiranya ia bertoleransi terhadap sesetengah perkara yang sensitif contohnya seperti konsep sekularisme yang dipegang olehnya sejak sekian lama.