Amal ibadah dalam Islam membawa maksud segala bentuk ketaatan dan pengabdian diri seseorang Muslim itu kepada Allah S.W.T. Ia meliputi segala aspek kehidupan seseorang Muslim. Secara umumnya, Islam itu diasaskan oleh lima rukun atau lima tiang seperti yang disebutkan dalam Hadith Arba'in atau Hadis 40 susunan Imam Nawawi rahimahullah iaitu:
- Mengucap dua kalimah syahadah atau kesaksian mengenai keesaan Allah S.W.T dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w.
- Bersolat.
- Berzakat.
- Menunaikan haji di Baitullah.
- Berpuasa dalam bulan Ramadhan.
(Rukun Islam; 2016)
Selain daripada itu, amal ibadah seseorang Muslim ini terbahagi kepada dua kategori utama seperti yang berikut:
1. Ibadah Khusus
Ibadah khusus disebut juga sebagai fardhu ain atau ibadah mahdhah dalam bahasa Arabnya.
- Ibadah yang telah ditetapkan dalam syariat Islam seperti tatacara, rukun Islam dan syarat yang tertentu yang tidak boleh diubah lagi seperti amalan bersolat, berzakat, berhaji dan membaca kitab suci al-Quran.
- Ibadah yang bersifat "taufiqiyyah" iaitu ibadah yang dilakukan bersesuaian dengan panduan nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh kurang atau lebih daripadanya.
2. Ibadah Umum
Ibadah umum dikenali sebagai fardhu kifayah atau ibadah ghairu mahdhah dalam bahasa Arabnya.
- Segala amal perbuatan baik yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T yang di luar ibadah khusus meliputi kegiatan harian seseorang Muslim itu sendiri seperti bekerja, belajar, berhubungan baik dengan sesama manusia serta menjaga perhubungan.
- Ibadah sebegini dijalankan bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T dan menjadikan seluruh aspek kehidupan itu sebagai pengabdian kepada-Nya.
Kepentingan Ibadah