Amalan umum seperti biasa dalam bulan Ramadan ini adalah berpuasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum dari subuh sehingga ke senja. Makan awal pagi sebelum memulakan puasa disebut sebagai sahur dalam bahasa Melayu berasal dari perkataan suhur dalam bahasa Arab. Manakala makan bagi berbuka puasa disebut sebagai iftar pada waktu senja selepas azan Maghrib.
Seseorang Muslim itu akan mengambil kesempatan melakukan pelbagai amal ibadah dari solat atau sembahyang sehinggalah kepada kebajikan dan cuba memperbaiki disiplin diri dengan perangsang dari hadis yang berbunyi, "Apabila Ramadan menjelma, pintu-pintu syurga akan dibuka manakala pintu-pintu neraka akan dikunci dengan syaitan dipasung" (Kitab Sahih Muslim Kitab 006, Hadis Bil. 2361).