Kitab adalah merupakan salah satu daripada Rukun Iman dalam agama Islam. Umat Islam wajib beriman dengan kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada para nabi dan rasul. Kitab-kitab ini diwahyukan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Wahyu diakhir dengan kitab suci al-Quran.
Umat Islam wajib beriman dengan kitab-kitab seperti berikut:
- Taurat
- Zabur
- Injil
- al-Quran
Penganut agama Islam meyakini bahawa kitab suci selain daripada al-Quran sudah dicemarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Maka, umat Islam sering menghujahkan bahawa naskah-naskah kitab tersebut sebagai tidak tulen apabila berdebat dengan ahli kitab. Al-Quran dipandang sebagai penutup kepada wahyu dari kitab-kitab yang mendahuluinya.
Selain daripada itu, kitab suci al-Quran menyebut juga mengenai dua naskah purba dan satu lagi kitab yang berkemungkinan pernah wujud iaitu:
- Lembaran Suhuf Ibrahim
- Lembaran Suhuf Musa
- Kitab Yahya