Nabi dalam Islam merujuk kepada seorang lelaki yang diberikan wahyu oleh Allah sebagai panduan hidup. Rasul pula adalah seorang nabi yang diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kepada umat manusia sejagat pada zamannya.
Tafsir Surah al-Ahzab dari ayat 39 - 40 menyebut bahawa rasul dan nabi terakhir ialah nabi Muhammad s.a.w yang diperintahkan untuk menyampaikan ajaran Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia pada zaman baginda sehinggalah hari kiamat. Selepas kewafatan baginda, tugas tersebut wajib disambung oleh Muslim yang menjadi umat baginda. Sebagai seorang Muslim, seseorang itu haruslah beriman dengan rukun iman yang keempat iaitu beriman dengan nabi serta rasul.