Hari ini aku agak lapang berbanding sebelum ini jadi aku telah membuat rujukan tarikh mengikut takwim Hijrah untuk kegunaan ritual dalam bulan Ramadan. Semasa membuat rujukan itu, aku ternampak catitan mengenai Doa Ashra jadi aku ingin buat catitan rujukan supaya aku dapat merujuknya semula apabila aku ada masa.
Sumber rujukan doa untuk tiga Ashra dalam bulan Ramadan ini katanya diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi (r.a) yang menyatakan bahawa nabi Muhammad (s.a.w) bersabda, "Ramadan itu adalah bulan yang permulaannya itu rahmat, pertengahannya itu keampunan dan penghujungnya itu pembebasan dari api neraka." (Sahih Ibnu Khuzaimah, Hadis No. 1887).
Taraf Hadis ini adalah hadis yang lemah di mana ulama Islam ramai yang tidak mengiktiraf atau mengesyorkan hadis ini disebabkan oleh kelamahan sanadnya. Walau bagaimanapun, terdapat juga ulama yang masih membincangkan mengenai hadis ini dalam khutbah dan ucapan mereka semata-mata untuk menggalakkan orang ramai berdoa dalam bulan Ramadan. Pada umumnya, tiada sebarang doa khusus yang disebutkan dalam hadis untuk tiga peringkat dalam bulan Ramadan ini. Tetapi terdapat juga cadangan doa untuk diamalkan sebagai rujukan seperti contoh berikut:
- Ashra Pertama, "Wahai Tuhan, ampunilah aku dan belas kasihanlah kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih."
- Ashra Kedua, "Wahai Tuhan kami, maka ampunilah dosa kami dan hapuskanlah kesalahan kami dan matikanlah kami dengan kematian orang yang benar."
- Ashra Ketiga, "Wahai Tuhan, selamatkanlah kami dari azab api neraka."
- Duas for Three Ashras of Ramadan, Knowledge, Information about Ramadan, Islamic Finder