Etimologi Perkataan Allah

Allah adalah merupakan perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan dalam agama-agama keturunan nabi Ibrahim a.s. Dalam bahasa Melayu, perkataan Allah ini hanya digunakan untuk merujuk kepada Tuhan menurut agama Islam.

Vincent J. Cornell dalam "God: God in Islam" menyatakan bahawa perkataan ini difikirkan terbit dari pengecutan istilah al-ilah yang bermaksud "tuhan" serta berkaitan pula dengan perkataan El atau Elah dalam bahasa Ibrani serta bahasa Aram untuk merujuk kepada Tuhan. Ia dibezakan juga dengan perkataan ilah yang bermaksud 'yang dipertuhankan' dalam bahasa Arab kerana perkataan ini boleh digunakan untuk merujuk kepada sesiapa sahaja yang disembah semasa zaman pra-Islam di Semenanjung Tanah Arab.