Diriwayatkan dalam hadis Bukhari:
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Allah mempunyai 99 Nama iaitu seratus tolak satu dan barangsiapa yang beriman dengan makna dan bertindak dengan sebaiknya maka dia itu akan memasuki syurga. Allah itu witr (tunggal) dan menyukai yang witr, bilangan ganjil. - Bukhari, Jil. 8, Kitab 75, Hadis ke-419
Hadis Muslim pula meriwayatkan bahawa:
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah itu mempunyai 99 Nama iaitu 100 kurang satu. Barangsiapa menghafalnya di dalam ingatan serta hati maka masuklah dia ke syurga. Menghitung sesuatu itu bermaksud mengetahuinya dan memahaminya." - Bukhari, Jil. 9, Kitab 93, Hadis ke-489
Kitab suci al-Quran merujuk kepada Nama-Nama ini sebagai al-Asma' al-Husna yang bermaksud Nama-Nama Terindah dalam beberapa surahnya. Gerhard Bowering merujuk kepada Surah al-Isra' ayat 110 sebagai locus classicus di mana senarai 99 Nama tersebut pernah dimasukkan di dalam tafsirnya. Sekumpulan lebih daripada sedozen Nama Suci lain yang termasuk dalam senarai sebegitu turut ditemui dalam Surah al-Hasyr. Ibnu Arabi mendakwa bahawa 99 Nama tersebut adalah "tanda zahir bagi rahsia batin".