Kebebasan asasi atau pun fundamental liberties ini merujuk kepada hak dan kebebasan yang dimiliki oleh setiap insan. Sesetengah kebebasan asasi ini turut digariskan dalam Perlembagaan Malaysia. Oleh kerana hak dan kebebasan ini digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, maka ia boleh dikatakan sebagai "dijamin" dan tidak boleh dirampas daripada kita kecuali jika Perlembagaan membenarkannya.
Berikut adalah kebebasan asasi yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang antaranya termasuklah:
- Perkara 5: Kebebasan Individu
- Perkara 6: Larangan Perhambaan dan Buruh Paksa
- Perkara 7: Perlindungan daripada Undang-Undang Retrospektif
- Perkara 8: Kesaksamaan di Sisi Undang-Undang dan Larangan Diskriminasi
- Perkara 9: Jaminan Kebebasan Pergerakan dalam Negara
- Perkara 10: Kebebasan Berucap, Berhimpun dan Berpersatuan
Rujukan berkenaan dengan hal ini boleh juga didapati dalam bahasa Inggeris melalui, "My Constitution: fundamental liberties and citizenship" (2011) terbitan Malaysian Bar: Badan Peguam Malaysia. Sekian, terima kasih.