Konsep Hak Asasi Manusia di Malaysia

Secara umumnya, konsep hak asasi manusia di Malaysia merangkumi prinsip asas yang termaktub dalam Bahagian II, Perkara 5 sehingga 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia memberikan perlindungan kepada kebebasan individu atau orang perseorangan dan hak-hak lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti kebebasan individu, kebebasan dari perhambaan dan buruh paksa, serta perlindungan daripada undang-undang jenayah yang retrospektif.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan menyediakan rangka kerja bagi hak asasi manusia, namun pendekatan Malaysia kepada hak asasi manusia ini dicerminkan oleh undang-undang domestiknya, piawaian hak asasi manusia antarabangsa dan juga peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Aspek Penting dalam Hak Asasi Manusia di Malaysia

Aspek penting dalam hak asasi manusia yang boleh diperhatikan di Malaysia ini adalah seperti yang berikut iaitu:

Penilaian dan Cabaran Hak Asasi Manusia

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin hak asasi manusia dan menyediakan kerangka kerja bagi tujuan melindungi hal tersebut, namun Malaysia masih lagi menghadapi cabaran dalam menegakkan hak asasi manusia. Cabaran secara umumnya terdiri daripada kebebasan untuk mengungkapkan pendapat, kebimbangan mengenai kebebasan badan kehakiman, dan isu yang berkaitan dengan layanan terhadap golongan rentan.

Kesimpulan 

Kesimpulannya, hak asasi manusia di Malaysia ini adalah percampuran di antara jaminan perlembagaan, undang-undang domestiknya sendiri dan peranan SUHAKAM sebagai institusi hak asasi manusia negara yang mempromosi dan melindungi hak asasi manusia secara berterusan di Malaysia.