Tradisi tasawuf mengenai kesan 99 Nama Allah ini merujuknya sebagai Ism al-'Azam yang bermaksud Nama-Nama Agung. Nama-Nama Agung ini digunakan untuk menyeru Allah semasa memanjatkan permohonan kepada-Nya dan dikatakan juga bahawa Allah akan memberi perkenan dengan-Nya. Sunan Ibnu Majah (Bab 9; Bil. 3856; Jil. 2) menyebut bahawa Nama Allah yang Teragung sekali adalah "Aku".
Menurut hadis riwayat Abdullah bin Mas'ud, sesetengah Nama Allah itu terhijab dari pengetahuan manusia. Lebih daripada 1000 Nama Allah tersenarai dalam doa Jaushan al-Kabir, Baju Zirah Agung.
Ibnu Arabi tidak mentafsirkan Nama-Nama Allah itu hanya semata-mata sebagai nama lain bagi merujuk Allah. Beliau juga menafsirkannya sebagai sifat Allah yang terpapar dalam alam semesta yang zahir dan makhluk. Melalui Nama-Nama ini, ciri-ciri ilahi itu terdedah kepada manusia. Manusia menyedari jiwanya yang suci dan terlindung itu dengan mempelajarinya melalui cerminan dari Nama-Nama Allah. Walau bagaimanapun, cerminan tersebut adalah terhad kerana ciri-ciri ilahi itu tidaklah sama dengan Zat Suci pemilik Nama itu.
Syed Haidar Amoli yang terpengaruh dengan ajaran metafizika oleh Ibnu Arabi kemudian menetapkan malaikat pula bagi Nama-Nama Allah. Pada pandangannya, malaikat-malaikat tersebut secara keseluruhannya adalah jelmaan dari Nama-Nama Allah serta lambang kepada Keindahan-Nya. Syaitan pula menjadi jelmaan dari Nama Allah yang Agung serta lambang kepada Kebesaran Allah.