Allah dijelaskan dan dirujuk dalam al-Quran dan hadis dengan 99 Nama yang turut mencerminkan sifat-sifat Allah. Al-Quran merujuk kepada sifat-sifat ini sebagai "Nama-Nama Terindah". Menurut Gerhard Bowering:
Nama-Nama ini dihitung sebanyak 99 dan ditambah dengan al-Ism al-'Azam atau Nama Yang Tertinggi, Allah. Locus classicus untuk penyenaraian Nama-Nama Suci ini dalam ulasan sastera al-Quran adalah dalam Surah al-Isra' ayat 110 dan Surah al-Hasyr ayat 22-24 yang mengandungi sekelompok lebih daripada dua belas Nama Suci-Nya." - Gerhard Bowering, God and God's Attributes
Sesetengah Muslim boleh juga menggunakan perkataan lain dalam bahasa mereka sendiri untuk merujuk Allah contohnya dalam bahasa Melayu, kita merujuk kepada Allah sebagai Tuhan. Sama ada Allah ini boleh dianggap sebagai nama khas untuk Tuhan masih lagi menjadi perdebatan dalam kesarjanaan terkini.
Dalam pada itu, tiada sebarang persetujuan sejagat antara Muslim berkenaan dengan apakah sebenarnya yang diperkira sebagai Nama Allah dan apakah yang bukan Nama Allah. Walaupun sesetengah Nama itu hanya terdapat di dalam al-Quran dan lain-lainnya terdapat hanya di dalam hadis, namun terdapat juga Nama yang muncul dalam kedua-dua al-Quran dan juga hadis. Sumber yang berlainan juga memberikan senarai 99 Nama yang berbeza.
Senarai yang diberikan berikut adalah berdasarkan kepada senarai yang ditemui pada abad ke-9 masihi. Hadis lain seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Sahih Muslim, Ibn Majah, al-Hakim al-Tirmizi atau Ibnu 'Asakir turut menyenaraikan senarai yang berlainan.
Al-Tirmizi mengulas dalam senarainya bahawa, "Hadis versi ini adalah gharib (jarang-jarang). Ia diriwayatkan dari pelbagai salasilah dengan kesahihannya dari Abu Hurairah namun kita tidak menemui sebutan Nama-Nama ini dalam riwayat yang lain kecuali yang ini."
Suhaib Hasan dalam Introduction to the Science of Hadith Classification menyatakan bahawa penafsir Muslim awal termasuklah Ja'afar al-Sadiq, Sufian bin 'Uyainah, Ibnu Hazm, al-Qurtubi dan Ibnu Hajar al-Asqalani memberikan juga versi senarai 99 Nama Suci mereka sendiri.