Penghargaan

Pada hakikatnya, menjalankan kerja saintifik ini adalah merupakan satu pengajian penyelidikan yang rumit dan tidak boleh dicapai hanya dengan usaha oleh seorang individu sahaja. Ramai sekali orang yang terlibat dengan cara mereka yang tersendiri sehingga terhasilnya tesis ini. Tesis untuk pengajian master ini tidak akan berjaya tanpa bantuan mereka yang rapat dengan penulis.

Pertama sekali, segala puji ditujukan hanya kepada Allah, Tuhan sarwa alam yang melalui belas kasih-Nya yang tidak terhingga serta kemurahan-Nya maka penulis disokong secara jasadi dan rohani sehingga tugasan ini selesai. Penulis ingin berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan rakan sekelas iaitu Emad Shams, Salleh, Ong Wenpei, Lee Lip Wah dan Sivagami serta rakan dari bahagian pengajian Asia iaitu Aida dan Premawati kerana bantuan, sokongan moral, nasihat, belas kasihan dan sikap riang mereka dalam menangani kelas yang kami hadiri. Penulis ingin menyampaikan rasa penghargaan yang besar kepada rakan-rakan sekelas kerana sentiasa bersama ketika kesedihan dan kesukaan. Penulis menghargai idea yang bernas, kritikan membina dan kesabaran rakan-rakan sekelas dalam usaha masing-masing mencapai impian untuk menyelesaikan pengajian.

Keduanya, penulis menghargai jasa baik serta sokongan dari segi kebendaan dan kewangan dari kedua-dua ibu bapa penyelidik kerana pengajian yang dilalui oleh penyelidik ini sebenarnya tidak dibayai oleh sebarang permohonan dana pun kepada kerajaan mahu pun organisasi tertentu. Terima kasih kepada Tajuddin bin Mohd Saman, bapa penyelidik kerana sokongan moral dan kewangan serta kepada Rohmah binti Ibrahim, ibu penyelidik kerana sanggup bergadai harta benda demi menyokong pengajian penulis pada tahun 2010 sehingga tahun 2013. Sokong kedua-dua individu inilah yang menjadi punca terbesar sekali kepada penulis untuk menyelesaikan pengajian ini dan menyebabkan manuskrip tesis ini berjaya dihasilkan.

Ketiga dan terakhir sekali, penulis ingin menyampaikan rasa terima kasih setulus hatinya kepada Prof. Dr. Noraida Endut, Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) yang menjadi supervisor untuk penyelidikan yang dijalankan ini. Penulis juga menghargai jasa baik Dr. Noreha Hashim, penyusun kursus dan pensyarah lain seperti Dr. Benny Teh Cheng Guan, Dr. Zainal Abidin dan pensyarah lain yang memberikan nasihat berguna, ulasan, dorongan dan bersabar dalam menghadapi persoalan yang dikemukakan oleh penulis. Penulis berterima kasih juga kepada Dr. Azmel Tayib, Dr. Lai Tuck Po dan Dr. Khoo Suet Ling yang terlibat dalam membantu pelajar dalam kursus Kaedah Penyelidikan di Universiti Sains Malaysia (USM). 

Yang benar,

Mohd Tan'im bin Tajuddin

Universiti Sains Malaysia, Mei 2013