Syukur aku sudah selesai hampir kesemua kertas peperiksaan universiti. Kini, aku hanya tinggal satu kertas sahaja lagi dan ia pun bukan satu beban lagi buat aku. Aku telah mengulangkaji hampir kesemua tajuk dan berharap semoga ingatan aku cukup untuk aku melalui peperiksaan bagi mata pelajaran ini hari Isnin yang akan datang.
Semalam aku singgah di bilik seorang saudara. Aku sebenarnya tingal di desasiwa Tekun di pintu Gelugor, Universiti Sains Malaysia. Saudara itu berasal dari Kelantan dan enam tahun lebih muda daripada aku. Aku pun sudah tidak nama beliau di saat aku menyalin catitan ini. Ketika itu aku hendak ke kedai makan di bawah sebab aku belum makan malam lagi. Hujan pula mencurah-curah dengan lebatnya. Saudara itu kebosanan jadi dia pun bersembang dengan aku. Hal yang dibicarakan oleh beliau pun berkaitan dengan politik. Aku mendengar sahajalah walaupun aku benci dengan politik.
Kemudian, dia menyebut juga mengenai Hasan al-Banna. Kebetulan aku pernah membaca mengenai tokoh ini sebab aku sedang mencari maklumat mengenai pergerakan Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Islam dan aku pun ketika itu gigih mempertimbang untuk menukar pandangan mazhab fekah aku kepada mazhab Hanbali seperti tokoh tersebut. Menurut cerita saudara tersebut, Hasan al-Banna ini telah mati ditembak. Aku rasa seperti pernah membaca mengenai buah fikirannya atau fikrah kalau dalam bahasa berbau Arab yang diserap ke bahasa Melayu kita.
Buah fikiran tokoh ini turut menyebut mengenai kepentingan bahasa Arab. Walaupun aku mempelajari bahasa Arab sejak kecil dan ia pun bukannya bahasa yang baru aku pelajari namun ia tidak menarik perhatian aku. Aku lebih tertarik dengan bahasa Cina oriental atau bahasa Jepun kerana aku merasa cemburu melihat budak-budak Melayu yang digembar-gemburkan menjadi istimewa kerana mempelajari bahasa bertulisan ideogram primitif tersebut sedangkan bahasa Arab menjadi bahasa golongan pondok yang konservatif dan kampungan di negara aku. Selain daripada itu, tidak lama selepas aku tamat ijazah sarjana muda aku mendapat maklumat bahawa keturunan kedua-dua ibu bapa aku mempunyai perkaitan juga dengan bangsa Arab Selatan melalui pertalian perkahwinan. Jadi, aku pun kembali gigih untuk menjejaki salasilah aku walaupun aku tidak pasti melalui cara apa.
Aku cuma mendengar sahaja cerita saudara itu dan pemikirannya mengenai situasi politik di Malaysia sebagai tanda aku menghormati beliau walaupun aku mengetahui bahawa kebanyakan idealisme Hasan al-Banna yang disebut oleh beliau itu kebanyakannya tidak melibatkan politik pun.
