Aku membuka halaman ini pada hari ini sebagai rujukan sahaja. Hal ini kerana banyak orang yang mendakwa bahawa diri mereka adalah pendakwah maka aku haruslah berhati-hati apabila didekati oleh mereka. Sebaik-baiknya adalah aku mempelajari sedikit sebanyak asas melalui pelbagai sumber seperti berguru dan menelaah kitab bagi membolehkan aku menjalankan amalan sendiri
Berikut adalah rujukan yang aku buat untuk Pengajian Agama Islam bagi orang awam seperti diri aku sendiri.
A. Pensijilan Quran dan Hadis
Programnya ditujukan untuk menghasilkan kadir dakwah yang menguasai pelbagai disiplin ilmu. Ia diselaraskan dengan kurikulum kebangsaan atau kurikulum antarabangsa yang turut mengadungi subjek akademik sekular. Jangka masa yang diambil bagi menyempurnakan pensijilan ini adalah bergantung kepada sistem dua semester dan juga didasarkan kepada peperiksaan akhir. Pelajar haruslah memastikan bahawa dia lulus semua pelajaran dalam masa lima tahun pengajian yang dibahagikan kepada dua peringkat iaitu.
- Peringkat I'dadi - Permulaan selama tiga tahun.
- Peringkat Sanawi - Pertengahan selama dua tahun.
B. Pensijilan Usuluddin
Usuluddin ini adalah sejenis ilmu yang membincangkan mengenai kepercayaan dalam agama Islam seperti:
- Akidah
- Nubuwwah
- Alam Ghaib
- Falsafah
Dalam pengajian Islam, usuluddin dikenali juga sebagai pengajian akidah. Dalam silibus pengajian Islam di Malaysia, perkara ini dibahagikan kepada empat bahagian pengajian iaitu:
- Tauhid
- Ulum al-Quran
- Ulum al-Hadis
- Mantik