A. Islam Pra-Moden
Asal Islam sebagai pergerakan politik boleh ditemui dalam kehidupan dan zaman nabi Muhammad s.a.w sendiri dan pengganti baginda. Pada tahun 662 M, sebagai pengiktirafan ke atas kenabian baginda maka baginda dijemput untuk 'memerintah' kota Madinah. Pada ketika itu, puak Arab Aus dan Khazraj menguasai kota itu dan sentiasa berperang sesama sendiri. Penduduk Madinah kemudian bertemu dengan nabi Muhammad s.a.w dan memohon baginda sebagai orang luar yang tidak memihak kepada sesiapa supaya membantu menyelesaikan pertelingkahan sesama mereka. Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut baginda berpindah ke Madinah di mana baginda menderaf Piagam Madinah. Dokumen tersebut menjadikan baginda nabi Muhammad s.a.w sebagai pemerintah dan mengiktiraf baginda sebagai seorang nabi.
Undang-undang diasaskan semasa zaman pemerintahan baginda ini didasarkan kepada al-Quran. Al-Quran dan sunnah atau amalan nabi Muhammad s.a.w dianggap sebagai syariah atau panduan perundangan. Hal inilah yang cuba untuk diasaskan semula oleh pergerakan Islam pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w menerima pengikut yang ramai dan mempunyai ketenteraan sendiri. Baginda meluaskan pengaruh pertama kalinya ke kota Mekah dan seterusnya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab menerusi gabungan kegiatan diplomasi serta ketenteraan.
Pada hari ini, kebanyakan golongan Islamisme atau parti demokrasi Muslim muncul di hampir setiap demokrasi dengan majoriti Muslim. Kebanyakan kumpulan militan 'Muslim' juga bergerak di serata dunia. Istilah 'Fundamentalisme Islam" juga dicipta oleh penganalisis Barat untuk menggambarkan mengenai falsafah politik dan agama yang dipegang oleh kumpulan militan tersebut. Kedua-dua istilah demokrasi Islam dan fundamentalisme Islam ini menggolongkan pelbagai kumpulan dengan sejarah, ideologi dan konteks mereka. Baca lanjut di sini.
B. Zaman Moden
Pada abad ke-19 masihi, penjajahan Eropah di dunia Muslim bertepatan dengan:
- Penaklukan Perancis ke atas Algeria (1830);
- Kejatuhan empayar Mughal di India (1857);
- Pencerobohan Rusia ke dalam Caucasus (1828);
- Penaklukan Rusia ke atas Asia Tengah (1830-1859); dan
- Kekalahan dan pembubaran empayar Osmaniah (1908-1922).
Rujukan untuk bacaan lanjut mengenai topik ini bolehlah diakses di sini. Rujukan ini boleh digunakan untuk menjalankan penyelidikan dan menguatkan pengetahuan pembaca mengenai sesuatu topik yang dipilih. Terima kasih.