Tindak Balas terhadap Penjajahan Eropah
Tindak balas pertama terhadap penjajahan Eropah berasal dari "isu keagamaan dan petani" dan bukan berasal dari bandar. "Pemimpin berwibawa", umumnya golongan ulama atau pemimpin susunan agama, melancarkan seruan jihad lalu membentuk perikatan puak dalam kalangan mereka. Syariah mengingkari undang-undang umum tempatan dikenakan bagi menyatukan puak-puak setempat. Contohnya seperti Abd al-Qadir di Algeria, Muhammad Ahmad di Sudan, Shamil di Caucasus, Senussi di Libya dan Chad, Mullah-e-Lang di Afghanistan, Akhund Swat di India dan kemudiannya Abd al-Karim di Maghribi. Semua pergerakan ini akhirnya gagal walaupun mereka berjaya dalam membunuh askar British secara besar-besaran di Afghanistan pada tahun 1842 dan berjaya merempas Kharoum pada tahun 1885.
Tindak balas kedua terhadap pencerobohan Eropah berlaku pada lewat abad ke-19 masihi dan awal abad ke-20 masihi di mana penentangan tanpa keganasan berlangsung dengan penerimaan beberapa cara hidup Barat seperti politik, sosial, kebudayaan dan teknologi. Golongan elit urban terutamanya di Mesir, Iran dan Turki menyokong serta mengamalkan "Pembaratan".
Kegagalan dalam percubaan pembaratan mengikut sesetengah orang boleh dilihat dalam contoh Tanzimat atau penyusunan semula pentadbiran di bawah pemerintahan Osmaniah. Syariah dikodifikasikan menjadi undang-undang seperti yang disebut oleh Mecelle dan badan perundangan yang diundi telah ditubuhkan untuk membentuk rang undang-undang. Langkah ini telah merampas peranan ulama dalam 'menyedari' undang-undang. Kedudukan mereka menjadi lemah dan peranan mereka hanya terhad kepada bidang keagamaan sahaja. Sementara badan perundangan ditunda kurang dari setahun selepas perasmiannya, ulama diasingkan sebagai cabang yang berasingan oleh kerajaan dalam pengasingan kuasa. Perubahan besar eksekutif sebagai kuasa pentadbir ini tidak diimbangkan oleh sama ada cendekiawan syariah atau pihak berkuasa terkenal oleh badan perundangan yang diundi. Keadaan menjadi fenomena di kebanyakan dunia Muslim Sunni pada abad ke-20 masihi.
Cita-Cita Politik Moden Negara Islam
Sebagai tambahan kepada keabsahan yang diberikan oleh pendapatan cendekiawan zaman pertengahan, nostalgia zaman kegemilangan empayar-empayar Muslim kemudian mula mendidih sedikit demi sedikit di bawah penjajahan Barat. Nostalgia ini memainkan peranan yang besar dalam cita-cita politik moden negara Islam iaitu negara Islam yang mendukung undang-undang Islam.
Program politik Islam ini umumnya akan disempurnakan dengan membentuk semula kerajaan negara-kota Muslim yang sedia ada. Namun, kaedah melaksanakan hal ini berbeza sekali dalam kalangan pergerakan dan mengikut keadaan semasa. Kebanyakan pergerakan Islam yang demokratik seperti Jamaat-e-Islami dan Ikhwanul Muslimin menggunakan proses demokrasi serta menumpukan kepada undian atau membentuk pakatan dengan parti politik lain. Pergerakan Islam yang radikal seperti Taliban dan al-Qaeda pula berpegang dengan ideologi militan dalam proses pengislaman persekitaran mereka. Mereka terkenal dalam usaha penentangan terhadap Soviet di Afghanistan semasa tahun 1980an. Michael Hunt (2004;45) dalam The World Transformed, 1945 to the Present menyatakan bahawa Taliban dan al-Qaeda juga memainkan peranan dalam serangan pengganas pada 11 September 2011 lalu menampilkan ancaman terhadap kerajaan serantau sama ada dekat atau jauh serta kepada Amerika Syarikat. Michael Hunt selanjutnya menyebut bahawa Taliban dan al-Qaeda juga terlibat dalam pengeboman di Madrid pada tahun 2004 dan di London pada tahun 2005. Rekrut mereka selalunya datang dari kelompok jihad dari Mesir, Algeria, Arab Saudi dan Maghribi.