Syariah merujuk kepada undang-undang agama yang membentuk sebahagian daripada tradisi Islam. Ia diterbitkan dari ajaran Islam khususnya dari sumber kitab suci al-Quran bersama dengan panduan dari rujukan hadis.
Dalam bahasa Arab, istilah "syariah" membawa maksuf harfiah "jalan menuju kepada sumber air" atau "jalan yang ditempuhi oleh seseorang". Dalam konteks Islam, istilah syariah ini merujuk kepada hukum suci dan aturan ketetapan Allah S.W.T bagi mengatur kehidupan manusia yang tetap serta tidak pernah berubah. Syariah ini mencakupi pelbagai bidang termasuklah ibadah atau amalan penyerahan diri kepada-Nya.
Walau bagaimanapun, syariah ini berbeza pula dengan fekah yang merujuk kepada tafsiran ulama yang mana kaedah pemakaiannya pada zaman moden ini selalu menjadi perdebatan dalam kalangan golongan Muslim fundamentalis dan golongan Muslim modernis.
Rujukan mengenai isu hukum jenayah di Malaysia.
Sekian, terima kasih.