19 Februari 2026 - Awal Ramadhan

Pada petang ini bermula selepas waktu Asar pada 18 Februari 2026, masuklah waktu untuk 1 Ramadhan bagi tahun 1447 H. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang kesembilan dalam takwim Islam. Ia disambut oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai bulan untuk beramal soleh seperti menjalankan sawm (puasa), solat (sembahyang), muhasabah (merenung diri) dan bermasyarakat melalui amalan berjemaah.

Selain daripada itu, bulan Ramadhan menjadi bulan yang mana kitab suci al-Quran dipercayai diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Sambutan Ramadhan secara tahunan ini termasuk dalam Rukun Islam yang lima dan berlangsung selama 29 hingga 30 hari mengikut bila ia jatuh. Ia bermula sebaik sahaja anak bulan sabit kelihatan dan mengikut budaya di Malaysia pula, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu akan membuat perisytiharan di media seperti radio serta televisyen untuk makluman rakyat yang beragama Islam.

Sekian, terima kasih.