Latarbelakang

Sejak penubuhan Kesatuan Eropah (EU) dari tahun 1945 sehingga 1957 sebagai European Coal and Steel Community (ECSC) atau Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah, negara-negara ahli EU sudah pun menerima pergerakan perantau seperti yang membentuk Eropah kini. Hal ini akan terus membentuk masyarakat Eropah sebagai sebahagian daripada warga global. Sementara itu pada tahun 2010, muncul ketidakpuasan hati yang disuarakan oleh pemimpin dari negara ahli Eropah seperti Angela Merkel dan David Cameron dalam persidangan keselamatan berkaitan dengan dasar multicultural atau kepelbagaian budaya yang disifatkan oleh mereka sebagai gagal kerana ia diasaskan hanya sebagai alat untuk membentuk pemisah komuniti-komuniti dalam masyarakat yang lebih besar selain menghalang proses penyatuan. Pemisahan ini menyebabkan komuniti-komuniti tersebut berasa bahawa mereka tidak mempunyai keperluan untuk bersatu sedangkan penyatuan itu adalah satu istilah yang ditandakan dengan tindakan. Baca lanjut di sini.

Pernyataan Masalah

EU mula memainkan peranan yang lebih aktif dalam bidang perlindungan minoriti sejak awal tahun 1990-an lagi. Walau bagaimanapun, institusi di Eropah masih lagi kurang kesepakatan dalam menangani isu ini. Perjanjian Eropah juga tidak menyebut secara khusus mengenai perlindungan golongan minoriti dan akses mereka kepada hak di Eropah. Baca lanjut di sini.

Tujuan Penyelidikan

Objektif penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman, menjelaskan dan menganalisis tahap maklum balas warga Eropah terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan integrasi yang berlaku di seluruh Eropah. Khususnya, dalam bidang perlindungan hak minoriti dan pertembungan yang berlaku akibat isu sensitif yang timbul contohnya seperti undang-undang Syariah dan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).

  • Penyelidik ingin memerhatikan integrasi minoriti dalam masyarakat Eropah dengan perhatian khusus diberikan kepada pelbagai bentuk integrasi Islam yang sah dalam realiti kebangsaan dan identiti Eropah; dan
  • Penyelidik ingin memfokuskan kepada persoalan kepimpinan dalaman komuniti Muslim dan peranan utamanya di samping cuba menganalisis pelaksanaannya menerusi pendidikan jangka panjang.  

Soalan Penyelidikan

Penyelidik menyediakan soalan penyelidikan utama yang akan memandu penyelidikan ini dan soalan-soalan ranting bagi membantu penyelidik kekal fokus. Soalannya adalah seperti berikut: