Akidah Islamiah merujuk kepada ikatan kepercayaan manusia kepada Allah SWT yang melibatkan-Nya sebagai Rabb Semesta Alam dan bumi ini sebagai kurniaan-Nya yang disyukuri. Simpulan ini semestinya disertai dengan pengakuan syahadah atau kesaksian secara lisan dan amal perbuatan. Tanpa kesaksian yang kukuh, maka ia akan terbatal.
Makna Iman adalah tasdiq al-jazim atau membenarkan secara pasti bersesuaian dengan kenyataan yang berdasarkan kepada dalil. Jika pembenaran sahaja tanpa disertai dengan dalil maka ia tidak digolongkan sebagai iman kerana ia tidak termasuk pembenaran yang pasti kecuali apabila bersumberkan dalil. Apabila tidak disertai dalil, maka tiadalah kepastian.
Oleh itu, kenyataan di atas itu bermaksud pembenaran harus dibuat berdasarkan kepada dalil agar sifatnya itu pasti dan tergolong dalam iman. Hal ini seterusnya bermaksud dalil terhadap segala sesuatu yang dituntut untuk diimani itu adalah suatu hal yang pasti agar pembenaran terhadap sesuatu itu tergolong dalam iman. Dalil menjadi syarat utama kepada keimanan, tanpa melihat lagi adakah hal tersebut sahih, benar atau fasid, rosak.
Rukun Iman
Rukun Iman menurut kepercayaan penganut Islam aliran Ahli Sunnah wal Jama'ah dipetik dari al-Quran dan Sunnah, iaitu tradisi dari riwayat para sahabat serta pengikut-pengikut seterusnya. Dalil bagi susunan Rukun Iman yang menjadi teras kepada akidah Islam ini dibahagikan kepada dua iaitu:
- Dalil Aqli iaitu dalil yang menggunakan akal manusia
- Dalil Naqli iaitu dalil yang bersumberkan kepada al-Quran dan hadis
- Beriman dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala
- Beriman dengan para Malaikat
- Beriman dengan Kitab-Kitab Suci
- Beriman dengan para Rasul
- Beriman dengan Hari Kiamat
- Beriman dengan Qada dan Qadar