Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Selasa, 17 Februari 2026

Hari Penting Umat Islam pada 2026


Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita telah diberikan berkat dan rahmat untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2026 bersamaan dengan 1447 H. Bagi tahun 2026, aku catitkan tarikh penting sebagai panduan dan maklumat untuk diriku sendiri.
  • 17 Januari 2026 - Israk dan Mikraj
  • 19 Februari 2026 - Awal Ramadhan
  • 07 Mac 2026 - Nuzul al-Quran
  • 21 Mac 2026 - Hari Raya Puasa
  • 18 Mei 2026 - Awal Zulhijjah
  • 27 Mei 2026 - Hari Raya Korban
  • 17 Jun 2026 - Awal Muharam
  • 25 Ogos 2026 - Maulidul Rasul 
Tarikh seperti yang di atas juga akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di Semenanjung Malaysia dengan rujukan boleh dibuat di laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi, semoga kita semua dikurniakan dengan kesihatan jasad dan rohani serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah Subhanahu wa Ta'ala, amin.  

Isnin, 23 Jun 2025

Perspektif Islam mengenai Hak Asasi Manusia

Memandangkan kerjaya aku sejak 10 tahun ini sedikit sebanyak berkaitan dengan konsep sosial dan politik, maka ada baiknya aku memerhatikan topik "hak asasi manusia" yang kini semakin digunakan sebagai serampang dua mata oleh negara di Barat untuk menekan negara yang tidak menyedari mengenainya dari segi politik dan ekonomi.

Rujukan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia dalam halaman "Tashih al Mafahim Bil. 7" yang memberikan keterangan mengenai pernyataan, "Islam Tolak Hak Asasi Manusia" pada 21 Disember 2018, menyebut bahawa, sejarah membuktikan kedatangan nabi Muhammad s.a.w telah mengangkat hak asasi manusia di kota Mekah hingga berjaya mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya keadilan Islam. Baginda nabi s.a.w telah menghapuskan sikap perkauman (assabiyah), diskriminasi golongan kaya ke atas golongan fakir miskin, diskriminasi terhadap wanita, diskriminasi golongan bangsawan ke atas golongan bawah dan seumpamanya.

Hal ini semuanya menunjukkan betapa Islam adalah ajaran yang mengangkat martabat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, hal yang menjadi isu dan menimbulkan konflik adalah nilai hak asasi manusia yang diperhatikan dalam ajaran Islam adalah berbeza dengan nilai hak asasi manusia yang dipelopori oleh Barat. Hal ini menyebabkan umat Islam dilihat seolah-olah menolak perjuangan hak asasi manusia. Padahal, ia sebenarnya berpunca daripada perbezaan sudut pandangan terhadap alam atau weltanschaaung antara ajaran Islam di Timur dan pelbagai jenis fahaman di Barat. Justeru, marilah kita melihat beberapa sudut pandangan yang berbeza antara hak asasi manusia yang difahami menerusi kaca mata ajaran Islam dan hak asasi manusia yang dipelopori oleh Barat supaya kita dapat memahami isu ini dengan lebih mendalam.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyebut bahawa tidak diragukan lagi bahawa ajaran Islam memelihara nilai kemanusiaan berasaskan kepada fitrah insaniah dengan berpandukan kepada syariat. Hal ini jauh lebih mulia dan tinggi berbanding dengan sekadar memperjuang hak asasi manusia individu menurut pandangan Barat. Di samping itu, ajaran Islam tidaklah menolak secara total perjuangan hak asasi manusia yang dipelopori di Barat. Namun, ia perlu disaring dengan teliti agar nilai tersebut tidak bercanggah dengan syariat.

Sesungguhnya, syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. telah pun lengkap dan menjadi panduan dalam menjamin hak kemanusiaan seseorang manusia. Islam muncul bukan sekadar membawa akidah semata-mata, tetapi juga menawarkan satu transformasi menyeluruh terhadap sudut pandangan manusia kepada alam. Ketika Rib'i bin Amir dari Bani Tamim berhadapan dengan Rustim, seorang panglima perang Parsi dalam Peperangan al-Qiddisiah, beliau mengungkapkan satu kalimah yang padat dan tegas dalam memberikan pengertian kepada kemanusiaan yang sebenar menurut pandangan seorang Muslim. Beliau menyebut bahawa:

"Allah S.W.T telah mengutuskan kami supaya mengeluarkan manusia yang dikehendaki oleh-Nya dari penyembahan terhadap hamba, kepada penyembahan terhadap-Nya semata-mata. Dari kesempitan dunia menuju ke arah kelapangan di akhirat dan dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam." (Tarikh al-Tabari, 2/401).

Akhir sekali, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa, ajaran Islam bukanlah anti kepada perjuangan hak asasi manusia. Sebaliknya, ajaran Islam menjadi harapan kepada sekelian hak kemanusiaan yang hakiki. Maka, Allah S.W.T lebih mengetahui daripada segala sesuatu. 

Sabtu, 15 November 2014

Pandangan mengenai Isu Kemasyarakatan


Isu kemasyarakatan ini adalah masalah yang mempengaruhi kebanyakan ahli dalam masyarakat. Ia merupakan satu kelompok masalah biasa yang wujud dalam masyarakat hari ini dan menjadi titik bagi pergelutan ramai individu serta organisasi untuk menyelesaikannya. Isu kemasyarakatan selalunya adalah susulan kepada faktor yang berada di luar kawalan seseorang individu. Isu sosial menjadi sumber kepada perbezaan pendapat pada dasar perkara yang dilihat sebagai bertepatan atau menyalahi etika dalam kehidupan peribadi atau pembuatan keputusan dalam kehidupan bermasyarakat. Isu kemasyarakatan ini berbeza dengan isu ekonomi. Walau bagaimanapun, sesetengah isu contohnya seperti penghijrahan atau imigrasi mempunyai aspek sosial dan juga ekonomi. Terdapat juga isu yang tidak berada di kedua-dua kategori sosial dan ekonomi seperti peperangan.
 
Terdapat perbezaan pendapat mengenai isu kemasyarakatan mana satukah yang berbaloi untuk diselesaikan atau yang mana  satu patut didahulukan. Setiap orang dan masyarakat yang berbeza itu mempunyai persepsi yang berbeza. Dalam Rights of Man and Common Sense karya Thomas Paine, disebutkan bahawa tugas seseorang individu itu adalah "membenarkan hak yang sama terhadap orang lain seperti kita membenarkan diri kita." Kegagalan untuk menyedari hal ini menyebabkan tercetusnya isu kemasyarakatan.
 
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengatasi isu kemasyarakatan. Sesetengah orang mengundi pemimpin dalam demokrasi bagi memajukan ideal mereka. Di luar proses atau ruang lingkup politik, orang ramai menderma atau berkongsi masa, tenaga, wang dan sumber lain dengan sesama sendiri. Hal ini selalunya merupa dalam kegiatan sukarela. Organisasi tidak berasaskan keuntungan selalunya dibentuk untuk satu tujuan bagi menyelesaikan isu kemasyarakatan. Organisasi kemasyarakatan atau community organising melibatkan sekumpulan orang ramai ke arah tujuan yang sama.
 
Maksud yang tersendiri namun berkaitan dengan istilah "isu kemasyarakatan" yang digunakan khususnya di Amerika Syarikat merujuk kepada tajuk seperti kepentingan politik nasional di mana khalayak awam sangat berbahagi dalam perkara yang menjadi tumpuan bagi sokongan berpihak, debat dan undian. Dalam hal ini, "isu kemasyarakatan" tidak semestinya merujuk kepada perkara yang bejat yang harus diselesaikan namun ia lebih merujuk kepada tajuk semasa yang dibincangkan oleh masyarakat semasa.
  • Isu Peribadi v. Isu Kemasyarakatan
  • Isu Valence v. Isu Position
  • Jenis Isu Kemasyarakatan
  • Isu Kemasyarakatan di Amerika Syarikat
  • Isu Kemasyarakatan di India
  • Isu Kemasyarakatan di Eropah
Rujukan