Isnin, 23 Jun 2025

Perspektif Islam mengenai Hak Asasi Manusia

Memandangkan kerjaya aku sejak 10 tahun ini sedikit sebanyak berkaitan dengan konsep sosial dan politik, maka ada baiknya aku memerhatikan topik "hak asasi manusia" yang kini semakin digunakan sebagai serampang dua mata oleh negara di Barat untuk menekan negara yang tidak menyedari mengenainya dari segi politik dan ekonomi.

Rujukan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia dalam halaman "Tashih al Mafahim Bil. 7" yang memberikan keterangan mengenai pernyataan, "Islam Tolak Hak Asasi Manusia" pada 21 Disember 2018, menyebut bahawa, sejarah membuktikan kedatangan nabi Muhammad s.a.w telah mengangkat hak asasi manusia di kota Mekah hingga berjaya mengeluarkan mereka daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya keadilan Islam. Baginda nabi s.a.w telah menghapuskan sikap perkauman (assabiyah), diskriminasi golongan kaya ke atas golongan fakir miskin, diskriminasi terhadap wanita, diskriminasi golongan bangsawan ke atas golongan bawah dan seumpamanya.

Hal ini semuanya menunjukkan betapa Islam adalah ajaran yang mengangkat martabat kemanusiaan. Walau bagaimanapun, hal yang menjadi isu dan menimbulkan konflik adalah nilai hak asasi manusia yang diperhatikan dalam ajaran Islam adalah berbeza dengan nilai hak asasi manusia yang dipelopori oleh Barat. Hal ini menyebabkan umat Islam dilihat seolah-olah menolak perjuangan hak asasi manusia. Padahal, ia sebenarnya berpunca daripada perbezaan sudut pandangan terhadap alam atau weltanschaaung antara ajaran Islam di Timur dan pelbagai jenis fahaman di Barat. Justeru, marilah kita melihat beberapa sudut pandangan yang berbeza antara hak asasi manusia yang difahami menerusi kaca mata ajaran Islam dan hak asasi manusia yang dipelopori oleh Barat supaya kita dapat memahami isu ini dengan lebih mendalam.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyebut bahawa tidak diragukan lagi bahawa ajaran Islam memelihara nilai kemanusiaan berasaskan kepada fitrah insaniah dengan berpandukan kepada syariat. Hal ini jauh lebih mulia dan tinggi berbanding dengan sekadar memperjuang hak asasi manusia individu menurut pandangan Barat. Di samping itu, ajaran Islam tidaklah menolak secara total perjuangan hak asasi manusia yang dipelopori di Barat. Namun, ia perlu disaring dengan teliti agar nilai tersebut tidak bercanggah dengan syariat.

Sesungguhnya, syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. telah pun lengkap dan menjadi panduan dalam menjamin hak kemanusiaan seseorang manusia. Islam muncul bukan sekadar membawa akidah semata-mata, tetapi juga menawarkan satu transformasi menyeluruh terhadap sudut pandangan manusia kepada alam. Ketika Rib'i bin Amir dari Bani Tamim berhadapan dengan Rustim, seorang panglima perang Parsi dalam Peperangan al-Qiddisiah, beliau mengungkapkan satu kalimah yang padat dan tegas dalam memberikan pengertian kepada kemanusiaan yang sebenar menurut pandangan seorang Muslim. Beliau menyebut bahawa:

"Allah S.W.T telah mengutuskan kami supaya mengeluarkan manusia yang dikehendaki oleh-Nya dari penyembahan terhadap hamba, kepada penyembahan terhadap-Nya semata-mata. Dari kesempitan dunia menuju ke arah kelapangan di akhirat dan dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam." (Tarikh al-Tabari, 2/401).

Akhir sekali, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa, ajaran Islam bukanlah anti kepada perjuangan hak asasi manusia. Sebaliknya, ajaran Islam menjadi harapan kepada sekelian hak kemanusiaan yang hakiki. Maka, Allah S.W.T lebih mengetahui daripada segala sesuatu. 

Isnin, 18 Mac 2024

Catitan Rujukan Hidup


Bagi halaman ini, aku akan menyusun semula catitan aku dari tahun 2010 sehingga kini. Untuk catitan lama, maka aku akan meletakkannya di bawah judul catitan lama.

A. Catitan Lama

B. Catitan Baru

Masukan ini dibuat hanya sebagai rujukan peribadi aku sahaja. Aku akan cuba menyunting bahagian yang terlalu peribadi keluar dari bahagian yang umum supaya ia boleh dijadikan rujukan bersama. 

Tarikh: 19 Mac 2024 bersamaan 8 Ramadan 1445 H
Masa: 2:43 pm

Ahad, 16 Mei 2021

Polemik Hak Golongan Minoriti Agama di Eropah

Thesis ini telah aku hasilkan untuk memenuhi keperluan kursus pengajian aku iaitu Master dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomatik (Kesatuan Eropah), Fakulti Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia (USM). Judul asalnya adalah "The Polemics of Religious Minority Rights in Europe: Britain as a Case Study".

Isi Kandungan

  • Bab 1 - Pengenalan
  • Bab 2 - Analisis Sastera
  • Bab 3 - Analisis Kajian Kes
  • Bab 4 - Perbincangan
  • Bab 5 - Kesimpulan

Rujukan Sampingan

Sebagai tanda penghargaan, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bapa aku dan ibu aku kerana bantuan mereka kepada aku dalam menjayakan pengajian ini.

Walaupun kajian kes dalam tesis ini sudah tidak begitu relevan lagi disebabkan oleh peredaran masa atau pun disebabkan negara kajian telah keluar dari Kesatuan Eropah (EU), namun aku berharap agar penyelidikan ini bermanfaat kepada diriku pada masa hadapan. 

Sabtu, 19 Disember 2020

Sunnah - Tradisi Islam

 

Dalam Islam, Sunnah ini merujuk kepada tradisi dan amalan dari nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi contoh ikutan bagi seseorang Muslim. Sunnah ini adalah perkara yang dilihat dan diikuti oleh Muslim pada zaman nabi Muhammad s.a.w serta diturunkan kepada keturunan mereka. Menurut teori Islam klasik, Sunnah kemudian dicatit dan dikumpulkan menjadi hadis. Catitan ini berasal dari rekod seperti ajaran, perbuatan dan petikan kata-kata, kebenaran senyap atau penolakan oleh nabi Muhammad s.a.w bersama dengan al-Quran yang menjadi kitab suci dianggap sebagai wahyu yang disampaikan menerusi baginda. Al-Quran dan Sunnah menjadi asas kepada sumber perundangan Islam serta kepercayaannya. Baca lanjut di sini

Sabtu, 21 Januari 2017

Aspek Politik Islam


Aspek politik dalam Islam diterbitkan dari al-Quran, sastera hadis dan sunnah, sirah Islam dan elemen dari pergerakan politik yang berada dari ruang lingkup Islam. Konsep politik tradisional Islam termasuklah hal yang berikut:
  • kepimpinan yang dipilih atau pengganti nabi Muhammad s.a.w yang dipilih sebagai khalifah atau imamah.
  • kepentingan mengikuti syariah;
  • tanggungjawab pemerintah mengadakan majlis syura atau konsultasi dengan warganegara; dan
  • kepentingan mengkritik atau menolak pemerintah yang tidak adil.
Perubahan yang agak besar berlaku dalam dunia Muslim apabila empayar Turki Osmaniah dikalahkan dan dibubarkan antara tahun 1908 sehingga tahun 1922. Pada abad ke-19 dan abad ke-20, tema politik Islam yang biasa sekali dilihat di media adalah mengenai tentangan terhadap imperialisme Barat dan penguatkuasaan undang-undang syariah menerusi usaha demokrasi atau militan. Peristiwa seperti kekalahan tentera Arab dalam Perang Enam Hari, kejatuhan Kesatuan Soviet, pengakhiran Perang Dingin dan kejatuhan komunisme sebagai alternatif yang berkesan meningkatkan lagi tarikan untuk penubuhan pergerakan Islam seperti pengislaman, Islam asas dan demokrasi Islam terutamanya dalam konteks ketidakpuasan hati dengan rejim pemerintahan sekular yang menguasai dunia Muslim.
 
Baca lanjut di sini

Sabtu, 15 November 2014

Pandangan mengenai Isu Kemasyarakatan


Isu kemasyarakatan ini adalah masalah yang mempengaruhi kebanyakan ahli dalam masyarakat. Ia merupakan satu kelompok masalah biasa yang wujud dalam masyarakat hari ini dan menjadi titik bagi pergelutan ramai individu serta organisasi untuk menyelesaikannya. Isu kemasyarakatan selalunya adalah susulan kepada faktor yang berada di luar kawalan seseorang individu. Isu sosial menjadi sumber kepada perbezaan pendapat pada dasar perkara yang dilihat sebagai bertepatan atau menyalahi etika dalam kehidupan peribadi atau pembuatan keputusan dalam kehidupan bermasyarakat. Isu kemasyarakatan ini berbeza dengan isu ekonomi. Walau bagaimanapun, sesetengah isu contohnya seperti penghijrahan atau imigrasi mempunyai aspek sosial dan juga ekonomi. Terdapat juga isu yang tidak berada di kedua-dua kategori sosial dan ekonomi seperti peperangan.
 
Terdapat perbezaan pendapat mengenai isu kemasyarakatan mana satukah yang berbaloi untuk diselesaikan atau yang mana  satu patut didahulukan. Setiap orang dan masyarakat yang berbeza itu mempunyai persepsi yang berbeza. Dalam Rights of Man and Common Sense karya Thomas Paine, disebutkan bahawa tugas seseorang individu itu adalah "membenarkan hak yang sama terhadap orang lain seperti kita membenarkan diri kita." Kegagalan untuk menyedari hal ini menyebabkan tercetusnya isu kemasyarakatan.
 
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengatasi isu kemasyarakatan. Sesetengah orang mengundi pemimpin dalam demokrasi bagi memajukan ideal mereka. Di luar proses atau ruang lingkup politik, orang ramai menderma atau berkongsi masa, tenaga, wang dan sumber lain dengan sesama sendiri. Hal ini selalunya merupa dalam kegiatan sukarela. Organisasi tidak berasaskan keuntungan selalunya dibentuk untuk satu tujuan bagi menyelesaikan isu kemasyarakatan. Organisasi kemasyarakatan atau community organising melibatkan sekumpulan orang ramai ke arah tujuan yang sama.
 
Maksud yang tersendiri namun berkaitan dengan istilah "isu kemasyarakatan" yang digunakan khususnya di Amerika Syarikat merujuk kepada tajuk seperti kepentingan politik nasional di mana khalayak awam sangat berbahagi dalam perkara yang menjadi tumpuan bagi sokongan berpihak, debat dan undian. Dalam hal ini, "isu kemasyarakatan" tidak semestinya merujuk kepada perkara yang bejat yang harus diselesaikan namun ia lebih merujuk kepada tajuk semasa yang dibincangkan oleh masyarakat semasa.
  • Isu Peribadi v. Isu Kemasyarakatan
  • Isu Valence v. Isu Position
  • Jenis Isu Kemasyarakatan
  • Isu Kemasyarakatan di Amerika Syarikat
  • Isu Kemasyarakatan di India
  • Isu Kemasyarakatan di Eropah
Rujukan

Khamis, 4 September 2014

Cahaya Islam


Pada dasarnya, Islam adalah agama tauhid yang muncul pada sekitar abad ke-7 masihi sejurus selepas kerasulan nabi Muhammad s.a.w di Semenanjung Tanah Arab. Agama Islam bertumpu kepada keimanan kepada Allah S.W.T. iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan ajarannya dikumpulkan dalam kitab suci al-Quran. Penganut agama Islam disebut sebagai Muslim dan beriman dengan nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul yang terakhir diutuskan oleh Tuhan. Selain itu, perkataan "Islam" membawa maksud, "penyerahan jiwa dan raga" kepada kehendak Tuhan yang menekankan prinsip kepatuhan dan kebaktian kepada-Nya.

Agama Islam bolehlah dibahagikan seperti berikut bagi memudahkan rujukan orang awam yang berminat untuk mempelajari mengenai ajaran-ajarannya:
Secara umum, ajaran Islam mengajarkan bahawa akhlak atau tatasusila dalam pergaulan seharian seseorang penganut dalam masyarakat itu adalah berkait rapat dengan keimanannya kepada keesaan Allah S.W.T dan perintah-Nya.